Tuesday, August 16, 2011

tak selamanya mentari menyinar

tanpa "i" -  "C_NTA" tak bermakna,
tanpa "i" - "R_NDU" tak bererti,
tanpa "i" - "H_DUP" tak sempurna
"i" sentiasa perlu berada di sisi, 
supaya "i" tidak hilang dan tidak lupa



sesekali huruf ini tidak dianggap penting dalam setiap majoriti,
tetapi ianya sangat penting kepada golongan minoriti,
terutamanya saya,
kerana tanpa "i",
iKRAM
tiada di dunia
dirinya kecil tetapi 
penting pada setiap saat genting

=)

Saturday, August 6, 2011

seuntai kata untuk dirasa =)

keindahan melengkapkan segalanya,
ibarat langit dengan cahayanya,
ibarat cahaya dengan sinarnya,
ibarat sinar dengan bahangnya.

kecantikan merubah segalanya,
ibarat wanita dengan soleknya,
ibarat solek dengan warnanya,
ibarat warna dengan serinya.

kehebatan memberi segalanya,
ibarat lelaki dengan gayanya,
ibarat gaya dengan kemasnya,
ibarat kemas dengan segaknya.

kelembutan membentuk segalanya,
ibarat kumbang dengan bunganya,
ibarat bunga dengan madunya,
ibarat madu dengan manisnya.

kecekalan menolong segalanya,
ibarat ikram dengan entrynya,
ibarat entry dengan tulisannya,
ibarat tulisan dengan hatinya.

hatiku bersama tulisan dan nukilan, 
dipandang jemu, dibaca rindu, dihayati sayu.

^_^ 

Friday, August 5, 2011

bulan =)



bulan,
mengganti pelita di malam hari,
menerangi setiap anak adam sehingga kini,
sebelum adanya lampu serba serbi.

bulan,
menjadi penunjuk kepada wanita,
ibarat bulan di atas riba,
menjadi peneman sehingga tua.

bulan,
ibarat seorang guru mendidik muridnya,
menyuluh cahaya dikala gelita,
untuk kesenangan dihari tua.

bulan,
pengganti matahari di dinihari,
membantu nelayan mencari rezeki,
memberi ombak menambah penyeri.