Tuesday, October 14, 2014

Pengajaran masa silam

Menyoroti kisah semalam
Lembaran sirahku selak perlahan
Tak mahu terlepas pandang
Satu pun 'moment' yg pernah dilakon layar di atas pentas kehidupan

Detik terang benderang yang mengusik lensa, ia tersilau
Saat gelap gelita yang memaksa diri untuk matang dalam langkah sepanjang penelusuran
Ada org berkata....
"Benda lepas tak usah dikenang-kenang..."
Mungkin, benda buruk tak baik dikenang?
atau mungkin dosa semalam tak perlu diingati lagi?
Golongan manusiawi punya ketuntasan idea masing-masing dalam berhujah soal ini...
Tak perlu dihingar-bingarkan 

Pada diri ini,
ku pilih untuk tegar mengenang

Tiada hujah yang bisa ditegaskan
Cuma....diri ini lebih senang dan bahagia dengan mengenang...
Ku hadiahkan sebuah analogi untuk kita renungkan....,
"Kita tidak mengizinkan lidah merasakan pahit saat meneguk air tatkala demam....."
Namun Tuhan memilih untuk mengurniakan itu.
Kita tak mahu merasakan 'masam' saat menikmati merah epal yang sedang ranum
Namun tetap jua terasa kemasamannya jika Allah mengkehendakinya begitu...."
Ianya diluar kawalan upaya kita
Pastinya Tuhan punya hujah yang tak mampu dibidas dek kementar golongan hamba-hambaNya
Allah Maha Besar....! 

Sirah  semalam penyumbang tebal buku kehidupan
tatkala bergelap gelita....
Kita belajar untuk menyalakan lilin
Tatkala terang menyilaukan
Kita halang ia agar tidak memudaratkan
Segala yang terjadi itu ada hujah yang kuat mengapa ia ditakdirkan begitu...
Baik atau buruk masa lalu
Kebijaksanaan hari ini menentukan maslahah masa depan
Banyak sungguh panduan
Banyak cabang pilihan
Banyak pedoman
Banyak pengajaran
Banyak teladan
Banyak benda yang boleh dimuhasabahkan....!
Baik atau buruk masa silam
Sangat indah untuk direnungkan
Gali, koreksi, keluarkan...berlian yang dinamakan 'Hikmah Kehidupan'...
Wallahualam
Sekadar bingkisan yang lahir daripada benak dalam,

Coretan oleh..'Penulis Berdosa tanpa noktah' 

Sunday, December 8, 2013

hanya KAU yang ku CINTA

I'm not a person that u should depends on.


Walaupun kau kenal isi hati ku,

Walaupun kau melihat penat lelah ku,
Tapi tak mungkin kau tahu apa yang belaku,
Dalam benak fikiran dan lubuk hati ku.

Semalam aku bermimpi,
Hadirmu memberi kekuatan bagi diri ku,
Tapi apakan daya, semua itu fantasi,
Bukan realiti yang membuatkan ku terpaku.


Akan tiba suatu hari nanti,

Kau akan berada dalam dakapan ku ini,
Menempuh ujian dari-NYA tiap hari,
Hingga dibangkitkan semula di alam yang satu lagi.


Ini bukan nota yang terakhir dari ku,

Kerna akan tiba nota yang seterusnya,
Dengan izin Allah S.w.t yakni tuhan ku,
Bersaksikan alam dan cinta ku pada-NYA.


Walaupun kau menyayangiku jangan lah sepenuhnya, kerna aku juga memerlukan tempat bergantung sepertimana kau.



P/s : bukan cinta tetapi sayang menyayangi sesama makhluk dan cukuplah sekadar keperluan kerna CINTA TERAGUNG hanyalah milik Allah S.w.t.



#iamrramoth


Tuesday, March 20, 2012

rasis ITU cinta

MEREKA PERNAH MENYATAKAN CINTA,
MEREKA PERNAH MENYATAKAN SAYANG,
TAPI ITU TAK BERMAKNA MEREKA BAHAGIA,
KERANA PERKATAAN ITU MEMBUATKAN MEREKA TERLUKA.

MUNGKIN SETIAP PERKATAAN ADA MAKSUDNYA,
MUNGKIN BAIK DAN MUNGKIN BURUKNYA,
TAPI IA BERBEZA BAGI SETIAP FIKIRAN MANUSIA,
KERANA CINTA BUKAN SEGALANYA.

EGO MANUSIA MEMBATASKAN SEGALANYA,
BEGITU JUGA INSAN SEPERTI MEREKA,
IA MELETAKKAN MEREKA SEHINA HINA MANUSIA,
MELETAKKAN MEREKA KE DALAM NERAKA DUNIA.

DALAN CINTA ADA RETORIKNYA,
DALAM CINTA ADA ISTIMEWANYA,
KERANA ADA YANG PERNAH BERKATA,
CINTA TIDAK BUTA HANYA ORANG YANG BERCINTA
DIBUTAKAN OLEH DASYATNYA CINTA.

BERUBAH KEPADA CERITAKU PULA,
AKU TIDAK PAHAM APA ITU CINTA,
KERANA CINTA AKU PERNAH MENDERITA,
SEHINGGA DIRI MEMBAWA HARI LUKA.



Sunday, November 6, 2011

AKU bukan ISTIMEWA aku INSAN biasa



Aku bukan guru
mampu membaca isi hatimu

Aku bukan jurutera
mampu membina mahligai cintamu

Aku bukan doktor
mampu mengubati sakit hatimu

Aku bukan akauntan
mampu mengira berapa cintamu

Aku bukan askar
mampu membunuh musuh ketatmu

Aku bukan bomba
mampu memadam api kemarahanmu

Aku bukan polis
mampu menahan dasyatnya seksamu

Aku bukan bomoh
mampu melepaskan segala yang terpendam dalam hatimu

Tapi
Aku bukanlah istimewa
Aku hanya insan biasa yang tak punya apa-apa

Cuma
Aku punya hati dan perasaan
Sama seperti insan istimewa

Perasaan
Ingin mencintai dan dicintai
Oleh kaum HAWA

Tuesday, August 16, 2011

tak selamanya mentari menyinar

tanpa "i" -  "C_NTA" tak bermakna,
tanpa "i" - "R_NDU" tak bererti,
tanpa "i" - "H_DUP" tak sempurna
"i" sentiasa perlu berada di sisi, 
supaya "i" tidak hilang dan tidak lupa



sesekali huruf ini tidak dianggap penting dalam setiap majoriti,
tetapi ianya sangat penting kepada golongan minoriti,
terutamanya saya,
kerana tanpa "i",
iKRAM
tiada di dunia
dirinya kecil tetapi 
penting pada setiap saat genting

=)

Saturday, August 6, 2011

seuntai kata untuk dirasa =)

keindahan melengkapkan segalanya,
ibarat langit dengan cahayanya,
ibarat cahaya dengan sinarnya,
ibarat sinar dengan bahangnya.

kecantikan merubah segalanya,
ibarat wanita dengan soleknya,
ibarat solek dengan warnanya,
ibarat warna dengan serinya.

kehebatan memberi segalanya,
ibarat lelaki dengan gayanya,
ibarat gaya dengan kemasnya,
ibarat kemas dengan segaknya.

kelembutan membentuk segalanya,
ibarat kumbang dengan bunganya,
ibarat bunga dengan madunya,
ibarat madu dengan manisnya.

kecekalan menolong segalanya,
ibarat ikram dengan entrynya,
ibarat entry dengan tulisannya,
ibarat tulisan dengan hatinya.

hatiku bersama tulisan dan nukilan, 
dipandang jemu, dibaca rindu, dihayati sayu.

^_^ 

Friday, August 5, 2011

bulan =)



bulan,
mengganti pelita di malam hari,
menerangi setiap anak adam sehingga kini,
sebelum adanya lampu serba serbi.

bulan,
menjadi penunjuk kepada wanita,
ibarat bulan di atas riba,
menjadi peneman sehingga tua.

bulan,
ibarat seorang guru mendidik muridnya,
menyuluh cahaya dikala gelita,
untuk kesenangan dihari tua.

bulan,
pengganti matahari di dinihari,
membantu nelayan mencari rezeki,
memberi ombak menambah penyeri.