Tuesday, March 20, 2012

rasis ITU cinta

MEREKA PERNAH MENYATAKAN CINTA,
MEREKA PERNAH MENYATAKAN SAYANG,
TAPI ITU TAK BERMAKNA MEREKA BAHAGIA,
KERANA PERKATAAN ITU MEMBUATKAN MEREKA TERLUKA.

MUNGKIN SETIAP PERKATAAN ADA MAKSUDNYA,
MUNGKIN BAIK DAN MUNGKIN BURUKNYA,
TAPI IA BERBEZA BAGI SETIAP FIKIRAN MANUSIA,
KERANA CINTA BUKAN SEGALANYA.

EGO MANUSIA MEMBATASKAN SEGALANYA,
BEGITU JUGA INSAN SEPERTI MEREKA,
IA MELETAKKAN MEREKA SEHINA HINA MANUSIA,
MELETAKKAN MEREKA KE DALAM NERAKA DUNIA.

DALAN CINTA ADA RETORIKNYA,
DALAM CINTA ADA ISTIMEWANYA,
KERANA ADA YANG PERNAH BERKATA,
CINTA TIDAK BUTA HANYA ORANG YANG BERCINTA
DIBUTAKAN OLEH DASYATNYA CINTA.

BERUBAH KEPADA CERITAKU PULA,
AKU TIDAK PAHAM APA ITU CINTA,
KERANA CINTA AKU PERNAH MENDERITA,
SEHINGGA DIRI MEMBAWA HARI LUKA.



Sunday, November 6, 2011

AKU bukan ISTIMEWA aku INSAN biasa



Aku bukan guru
mampu membaca isi hatimu

Aku bukan jurutera
mampu membina mahligai cintamu

Aku bukan doktor
mampu mengubati sakit hatimu

Aku bukan akauntan
mampu mengira berapa cintamu

Aku bukan askar
mampu membunuh musuh ketatmu

Aku bukan bomba
mampu memadam api kemarahanmu

Aku bukan polis
mampu menahan dasyatnya seksamu

Aku bukan bomoh
mampu melepaskan segala yang terpendam dalam hatimu

Tapi
Aku bukanlah istimewa
Aku hanya insan biasa yang tak punya apa-apa

Cuma
Aku punya hati dan perasaan
Sama seperti insan istimewa

Perasaan
Ingin mencintai dan dicintai
Oleh kaum HAWA

Tuesday, August 16, 2011

tak selamanya mentari menyinar

tanpa "i" -  "C_NTA" tak bermakna,
tanpa "i" - "R_NDU" tak bererti,
tanpa "i" - "H_DUP" tak sempurna
"i" sentiasa perlu berada di sisi, 
supaya "i" tidak hilang dan tidak lupa



sesekali huruf ini tidak dianggap penting dalam setiap majoriti,
tetapi ianya sangat penting kepada golongan minoriti,
terutamanya saya,
kerana tanpa "i",
iKRAM
tiada di dunia
dirinya kecil tetapi 
penting pada setiap saat genting

=)

Saturday, August 6, 2011

seuntai kata untuk dirasa =)

keindahan melengkapkan segalanya,
ibarat langit dengan cahayanya,
ibarat cahaya dengan sinarnya,
ibarat sinar dengan bahangnya.

kecantikan merubah segalanya,
ibarat wanita dengan soleknya,
ibarat solek dengan warnanya,
ibarat warna dengan serinya.

kehebatan memberi segalanya,
ibarat lelaki dengan gayanya,
ibarat gaya dengan kemasnya,
ibarat kemas dengan segaknya.

kelembutan membentuk segalanya,
ibarat kumbang dengan bunganya,
ibarat bunga dengan madunya,
ibarat madu dengan manisnya.

kecekalan menolong segalanya,
ibarat ikram dengan entrynya,
ibarat entry dengan tulisannya,
ibarat tulisan dengan hatinya.

hatiku bersama tulisan dan nukilan, 
dipandang jemu, dibaca rindu, dihayati sayu.

^_^ 

Friday, August 5, 2011

bulan =)



bulan,
mengganti pelita di malam hari,
menerangi setiap anak adam sehingga kini,
sebelum adanya lampu serba serbi.

bulan,
menjadi penunjuk kepada wanita,
ibarat bulan di atas riba,
menjadi peneman sehingga tua.

bulan,
ibarat seorang guru mendidik muridnya,
menyuluh cahaya dikala gelita,
untuk kesenangan dihari tua.

bulan,
pengganti matahari di dinihari,
membantu nelayan mencari rezeki,
memberi ombak menambah penyeri. 

Sunday, July 17, 2011

kumbang perlukan bunga =)

apabila bunga kembang berseri,
seekor kumbang keluar menari,
dia lenggok ke kanan,
dia lenggok ke kiri,
mencari bunga cinta yang hakiki.

bunga apakah itu ?

bunga yang memberi kemanisan,
bunga yang memberi kekenyangan,
bunga yang memberi kebaikan,
dan bunga yang menberi keinsafan.

bagaimanakah bunga boleh memberi keinsafan ?

bunga umpama wanita,
cantik bunganya cantik la wanita itu,
buruk bunganya buruklah wanita itu,
tetapi ada sesuatu perkara yang sangat berbeda,
keikhlasan hati bunga memberi madunya.

bunga ? ikhlas ?

bunga yang cantik tidak semestinya bermadu,
hanya luaran sahaja yang berjenama,
dalam hanya ibarat serpihan kaca,
sangat tajam sehingga melukakan.
ibarat racun membunuh mangsa.

carilah bunga yang bertasbih,
carilah kumbang yang setia,
kumbang yang setia pada bunganya,
ditinggal sayang dilupa merana.

dan apabila sudah terpatri,
susah payahnya bersama,
apabila berjauhan ?

ibarat kumbang rindukan bunga

=)

Saturday, July 16, 2011

hidupku seakan sebaris kord lagu =)

hidupku,
seakan sebaris kord lagu,
mempunyai alunan yang tersendiri,
mempunyai bancuhan tersendiri.

hidupku,
seakan sebaris kord lagu,
hubungan bagaikan setegang tali gitar,
amanah bagaikan setebal tali sitar.

hidupku,
seakan sebaris kord lagu,
penuh dengan dugaan,
penuh dengan kelalaian.

hidupku,
seakan sebaris kord lagu,
di manakah kedamaiannya,
di mana keselesaannya.

hidupku,
seakan sebaris kord lagu,
kita tidak tahu apa yang berlaku,
sehingga lagu mula merindu,
dan kord mula berlalu.

=)