Sunday, July 17, 2011

kumbang perlukan bunga =)

apabila bunga kembang berseri,
seekor kumbang keluar menari,
dia lenggok ke kanan,
dia lenggok ke kiri,
mencari bunga cinta yang hakiki.

bunga apakah itu ?

bunga yang memberi kemanisan,
bunga yang memberi kekenyangan,
bunga yang memberi kebaikan,
dan bunga yang menberi keinsafan.

bagaimanakah bunga boleh memberi keinsafan ?

bunga umpama wanita,
cantik bunganya cantik la wanita itu,
buruk bunganya buruklah wanita itu,
tetapi ada sesuatu perkara yang sangat berbeda,
keikhlasan hati bunga memberi madunya.

bunga ? ikhlas ?

bunga yang cantik tidak semestinya bermadu,
hanya luaran sahaja yang berjenama,
dalam hanya ibarat serpihan kaca,
sangat tajam sehingga melukakan.
ibarat racun membunuh mangsa.

carilah bunga yang bertasbih,
carilah kumbang yang setia,
kumbang yang setia pada bunganya,
ditinggal sayang dilupa merana.

dan apabila sudah terpatri,
susah payahnya bersama,
apabila berjauhan ?

ibarat kumbang rindukan bunga

=)

No comments: