guruku,
kau penyuluh hidupku, menerangi alam ini,
kau ku anggapkan, sebagai ibu bapaku,
wahai guruku, kau ibarat sebatang lilin,
menerangi alam kegelapan,
kau sanggup membakar dirimu wahai guruku,
kau insan yang mulia mendidik dan membimbing daku,
kaulah insan yang ku sanjungi.
bait-bait lagu ini yang mengibarkan semangatku,
mengibarkan sayapku, melebarkan angan-anganku,
memberi seribu makna kehidupan diriku,
menjadi penyuntik semangat anak muda berjaya,
itulah apa yang aku rasa,
pengorbananmu tak terhingga cikgu,
tapi bagaimana kau mahu aku membalasnya?
adakah wang ringgit yang kau pinta?
adakan kasih sayang yang kau inginkan?
atau sekadar kejayaan anak didikmu di medan bahtera?
aku sedar siapa diriku, aku tahu asal usul ku,
aku tau kekuatan diriku, aku juga tahu kelemahan diriku,
tapi ego membataskan segalanya,
untuk aku berjaya dimata dunia,
tapi kau jugalah yang meruntuhkan egoku,
sehingga ke lapisan yang paling hina,
sebagai cara untukku berjaya,
menjadi umat Muhammad yang merdeka.
=)
No comments:
Post a Comment